Friday, September 13, 2013

Sebuah kenangan yang terpahat dimindaku

Tujuh tahun yang lalu..dikala ini...aku masih mengecapi nikmat kasih sayangmu yang tidak pernah berbelah bahagi terhadap lima putera dan seorang puterimu ini.kala itu, aku masih mampu mendengar bicaramu, bebelanmu yang berada dipaksi nasihat, sentuhanmu yang masih membelaiku seperti seorang bayi serta doamu yang sentiasa mengiringi langkahku.terima kasih atas 15 tahun pengorbanan dan kasih sayangmu sepanjang kelahiranku didunia yang fana ini.tanpamu aku tidak mungkin sempat menghirup udara yang segar tapi kadangkala menyesakkanku.sepanjang 60 tahun kehidupanmu, hanya 15 tahun aku diberi peluang bersamamu.Allah lebih menyayangimu.aku tak mampu menidakkan apa yang telah tertulis di luhmahfuz.bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana pernah berpeluang memanggilmu EMAK.. harapanku semoga kita bertemu di syurga kelak. Hidupku yang sekarang adalah hasil darah dagingmu. Alhamdulillah. .