Friday, March 29, 2013

HARI-HARI TERAKHIR KU (site CHIN-CHIN)

setelah 17 minggu aku bekerja di AGIBS ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN. BHD. ni...  banyak pengalaman yang aku perolehi . ada pengalaman yang mengajar aku untuk lebih dewasa dalam pemikiran dan ada pengalaman yang mengajar aku untuk lebih memahami bidang yang aku ceburi .  ada bezanya dua jenis pengalaman tu .  tapi tak kisahlah banyak mane ilmu yang aku perolehi tu ,  aku tetap perlu bersyukur ....

basically ,  kat company ni aku mula kenal ramai orang ,  aku mula pelajari perangai dan emosi orang ,  aku mula kenal macam mana realiti kehidupan dalam dunia construction ni (office dan site) ,  aku mula belajar supaya lebih berdikari .  senang cerita ..  tempuhi dulu alam praktikal atau pekerjaan baru tahu dunia sebenar macam mana.

ceyh...nak emo2 pulak aku ni. yang da lepas tu biarla lepas. teruskan hidup yang lebih penting.  so , sebab da nak hampir tamat tempoh sah laku sebagai pelatih industri kat company ni ,  maka aku pon akan semakin jauh dengan membe2 SE'praktikal' ngan aku ni .  dieorang ni la yang menceriakan kehidupan semasa praktikal.. thank you korang...

wetpark favourite kami

sisa-sisa hari yang berbaki di chin-chin


terselit gak abang yus (site engineer + site supervisor for chin2 project)


lunch treat KFC, by sub-con paintball, abg faris

in the middle : k.iena..  site supervisor yg sempoi + ganaz +  comel


2 kumbang  penyeri site : abid & abu

aku ngan ain memang suka buat muka comel even kat site



♥smile-dance-laugh♥

Thursday, March 21, 2013

AUUUUUUU!!! ITS A BIG BAD WOLF....



WHATTT???? WOLF??? BAD WOLFF?? BIG BAD WOLFFF????RUN....SAVE YOUR MONEY!!! HAHAHA...

its like seriously???? is this the price? i will buy them all. close the books fair now! its all mine..

hahaha... ni la namenye demam Big Bad Wolf Books. giler hape kalo tak rembat semua. rebut peluang keemasan ni. walaupun aku lambat update pasal ni. aku tetap nak citer gak. nak share ngan korang kegembiraan dan keseronokan dan nikmat yang dirasai pabila mencecahkan kaki ke dalam fair ni. hahaha

malas nak citer panjang... tengoklah keghairahan aku ngan k.ngah membeli belah sehingga kebuluran...hahah


welcome...

sampai jua akhirnya..XOXO!

yes!!buy them instead of stealing! but..dun sleep here k.ngah...

is there any of your fav??

sorting session... its hard to choose..

kalau selalu tengok running man..kan ade dieorang makan kimbap. yang triangle shape kat lam gamba ni la kimbap namenye. aku pilih chicken satay flavour... boleh tahan sedap la sebab ni bukan yang fresh kan..heheh... yang lam bekas bawah tu korean style punye makan. nasi pulut and the side dishes.. sweet2 and not spicy...

KOREAN food in stomach!
FEEQ & MEEN with their stocks.. yela da janji kan...kemain gembira lagi dieorang

taaaddaaaaa... my new collection..love them so much! xoxo!


till we meet again WEREWOLVES!!!!


♥smile-dance-laugh♥

Friday, March 1, 2013

2ND THERAPY : AIR TERJUN GUNUNG LEDANG


hye awak2..  lambat bebenau tunggu second update for second therapy kan?? bukan ape, busy... hahah
alkisahnye..... da lame sangat2 aku teringin nak pergi AIR TERJUN SAGIL GUNUNG LEDANG . setelah berminggu2 aku merayu2 pada abang2ku yang hensem, maka tertunailah harapan dan cita-citaku untuk bermandi air terjun.


nampak tak muka bersungguh2 nak mandi air terjun.. habes nampak segala jenis jururawat dimukaku. yelah..  nak p mandi air terjun xkan nak mekap2 bagai. tak sabar lam kete masa tu. da terbayang2 air terjun yang damai..  hahaha

perjalanan dari tol ayer keroh ke air terjun tu lebih kurang satu jam. tapi disebabkan sume yang drive tu handal2.. maka..  tak sampai sejam pon. lalu la kat bandar tangkak dan sagil. comel ja pekannya.. dari pekan tu nak pergi ke air terjun senang je sebab banyak signboard to TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG. 



tenang je on the way ke air terjun tu. sebabnye sepanjang perjalanan anda akan ditemani dengan pokok kelapa sawit.. semua nye hijau2 belaka. seronok dapat mencuci ata dengan keindahan alam sekitar. SUBHANALLAH....

jangan merungut la macam masuk hutan la. terpencil la. memangla.... kan kate nak mandi air tejun. memangla dalam hutan. ade ke air terjun tepi jalan?? iskh3.. bersyukur la masih ada air terjun kat bumi ni..

maka.. sesampainya aku sekeluarga kat situ, memang memuncak2 kegembiraan. tapi, nak masuk ke tempat air terjun tu, kene bayar. kalau bawak kereta, caj lain. pastu orang yang dalam kereta pon kene caj jugak. senang citer.. sekarang ni mane ade yang free..


bayangkan lah... family aku pergi 3 kereta, total orang  : 10 dewasa, 8 kanak-kanak. so, total masuk je dah rm20. kira ok la kot berbanding masuk water theme park. mau beratus2 kalu family aku je.. xpela..demi menunaikan hasrat yang lame terpendam.. ohh AIR TERJUN!!!!

dah mula sesi2 tangkap gambar. tau x budak  kecik n paling suka dengan air terjun.

layan kan je la budak2 nak pelampung. aku pon nak jugak yang spiderman tu tapi takde saiz.. huhu

gerak.. gerak.. cepat..cepat..nanti tempat penuh
segala jenis barang bawak kiteorang bawak. tikar, periuk, sume la.. jangan risau bak kate ayah.. bawak makanan dari rumah lebih selamat and terjamin kebersihannya. menu air terjun adalah nasi lemak + sambal ikan bilis + sambal tuna + telur goreng + roti sandwich TC boy + teh 'O' panas + cikedis.. licin sume.. bak kate along " pergi berat xpe, balik kene ringan" hahhaha......


perghh.... memang puas hati la dengan air terjun sagil gunung ledang ni sebab......... :
  • air sejuk (beku macam ais)
  • tempat nyaman
  • permandangan cantik
  • ada kemudahan chalet bagi sesiapa yang bermalam kat situ
cuma yang tak puas hati sebab........ :
  • service tandas tak proper (kene bayar tapi xde air, memang kebetulan la kan time aku pulak yang kene macam ni. hangin aku, nasib baik je tak bergaduh dengan akak jage toilet tu. die boleh buat tak tau je..... eeiiiiiii!!! geram aku ).
  • persekitaran yang kurang penjagaannya (sampah merata2, tatawla kalau time aku pegi je macam tu sebab cuti kan, tahun baru cina mase tu, ramai kan... )
  • laluan yang bahagian tangga lepas tandas tu bahaya sikit. yelah, bila ramai orang, takut ade yang tergelincir and jatuh. harap ada pihak ambil tindakan. pengunjung kan ada kanak2 dan warga emas..

lastly, overall aku seronok dapat mandi ar terjun yang sangat2 sejuk. mula2 rasa macam tak nak masuk air sebab sejuk sangat tapi lepas tu tak keluar pulak sebab best....!
yang penting semua gembira even ade la anak2 buah ku yang dah start demam sebab sejuk sangat2 air nye..

muka keletihan sebab mandi lame sangat + ada jugak yang muntah2 sebab sejuk sangat

♥smile-dance-laugh♥