Wednesday, April 17, 2013

FISHING TRIP 2013 : MERSING - TIOMAN ISLAND (part 1)

Assalamualaikum semua...  lama tak ketemu kan? tak sempat nak update blog since tamat practical hari tu. so pada kesempatan ni, nak la aku update blog berkenaan first aktviti berfaedah aku bersama family pabila tamatnya tempoh sah laku kerja ku. hahah... ape aku meraban ni???  title post pon fishing trip kan?? jangan jeles u ollz... hahha... FIRST TIME IN MY LIFE OK!


SUBHANALLAH.... betapa cantiknya permandangan pulau-pulau kat area ni. bersyukur sangat2 dapat nikmati keindahan ini. terima kasih ya Allah sebab beri aku kesempatan ini. gamba kat atas ni ialah pulau berhampiran pulau tioman.

ok. so mari memulakan diari perjalanan hidupku sebagai nelayan. cehcehceh... bajet tol la aku ni!!  ok. kisahnya begini.....

setiap tahun family aku memang akan buat fishing trip ke mana2 tempat yang available. setakat ni lam Mesia lagi la (PANGKOR, MERSING, JUARA, dan NTAH MANA2 LAGI). selalunye aktiviti memang kaum2 adam je yang join. yellar, aku ni ade 5 orang abang kandung. dieorang ni sume nelayan tegar termasuklah ayahku. AKU??? ehhhh.....mane boleh tinggal. join the club ok! aku ni suka adventure (poyos abes). sebelum2 ni aku asik ditinggalkan atas sebab2 yang tak boleh dielakkan (belajar la.. exam la.. tak cuti la..). kebetulan time ni aku betul2 free and dah bersedia nak jadik NELAYAN a.k.a PEMANCING TEGAR. maka aku pon diberi kesempatan untuk join depa. bak kate ayah, aku dah cukup dewasa. heheheheh


anak-anak nak ikut jugak gi fishing

details of the trip :
  1. duration : 3days 2 nights
  2. date : 5th -7th of April 2013 (friday-sunday)
  3. venue : jeti mersing
  4. people : 6 men + 1 adorable girl
  5. price : rm1800/boat (for 3D2N)
  6. mission : catch as many fish as we can (tapi aku lain, catch as many pictures as i can. hahaha)

so, ada 2 kereta ke mersing. 1 dari kampung naik triton, 1 naik camry dari KL. triton yg aku naik gerak pukul 3.30ptg dari masjid tanah ke mersing. Sampai pekan mersing lam pukul 8.00 malam. penat punggung duk lam kete ok. tapi kire rlek la jalan sebab abang2 aku ni asik berhenti je. lapau la.. ngantuk la.. lapau lagi.. banyak kali berhenti sebab LAPAU... ape jenis manusia la kuat makan.

route to mersing :  masjid tanah - alor gajah - exit tol ayer keroh - ikut lebuhraya utara selatan - exit tol ayer hitam - kluang - ikut jalan arah ke kahang - ikut felda nitar - mersing. (lebih kurang 4 jam lebih sebab ade stop2 makan)

sesampainya kat pekan mersing tu, kiteorang jumpe ngan pak rahman (tekong bot). die bawak kiteorang check-in kat hotel golden city. bilik ber'air-cond' la gak. ok la tuk beberapa jam. hotel ni terletak kat pekan mersing. tak jauh dari jeti mersing tu. dekat ngan roundabout kat pekan mersing. senang sangat nak carik. murah la jugak. 1 malam = rm50 (bilik ade air-cond). kalau takde air-cond tak silap rm25/malam.

tempat bermalam beberapa jam sebelum trip bermula
nak tau kenapa tido beberapa jam je? sebabnya seawal 3 pagi da kene bangun sebab bot nak gerak pukul 4 pagi. kalau tak, air surut, dah tak boleh pergi ke laut nanati. besar pengorbanan orang yang jadik nelayan ni kan?? terima kasih la kepada para nelayan sebab tangkap kan ikan bagi manusia makan.

baru naik bot
my face swollen in the early2 morning
our rations for the trip. sume masak sendiri ok.

 

ayah steady je tak tido dari naik bot pukul 4 pagi sampai siang la. gambar2 bawah ni preparation nak start memancing di pagi hari. dahsat dieorang ni, bangun tido je terus pegang joran, mata kail sume...  hebat... muka pon pisat2, tapi yang penting tak sabar2 nak mula memancing.  yeehhaaaaa....


 
      

 

 
 
cool kan ayah??  tabik springg!!! toinkkkkk


watch my skills for the next pictures.. AWESOME MEN!!!!





MY FIST CATCH IN THE MORNING ON THE FIRST DAY ON BOAT WAS KERAPU. ALTHOUGH IT IS SMALL BUT SATISFACTION WAS REALLY2 GREAT YOOO!!! THE FEELINGS ARE DIFFERENT BETWEEN IN THE MIDDLE OF THE SEA AND AT THE BEACH.

THIS IS BEAUTIFUL TIOMAN ISLAND.



lepas dah dapat sedikit sebanyak ikan, kami pon bercadang naik ke pulau tioman untuk makan dan berehat sebentar. tambahan pulak hari jumaat tengahari kan. so, tekong pon bawak naik pulau. so, the next story on pulau and so on will be continue on other posts ok. there will be more than 2 posts on fishing trip because there were so many thing and memories i want to share with you readers...

till next post... 
                
♥smile-dance-laugh♥