Friday, March 1, 2013

2ND THERAPY : AIR TERJUN GUNUNG LEDANG


hye awak2..  lambat bebenau tunggu second update for second therapy kan?? bukan ape, busy... hahah
alkisahnye..... da lame sangat2 aku teringin nak pergi AIR TERJUN SAGIL GUNUNG LEDANG . setelah berminggu2 aku merayu2 pada abang2ku yang hensem, maka tertunailah harapan dan cita-citaku untuk bermandi air terjun.


nampak tak muka bersungguh2 nak mandi air terjun.. habes nampak segala jenis jururawat dimukaku. yelah..  nak p mandi air terjun xkan nak mekap2 bagai. tak sabar lam kete masa tu. da terbayang2 air terjun yang damai..  hahaha

perjalanan dari tol ayer keroh ke air terjun tu lebih kurang satu jam. tapi disebabkan sume yang drive tu handal2.. maka..  tak sampai sejam pon. lalu la kat bandar tangkak dan sagil. comel ja pekannya.. dari pekan tu nak pergi ke air terjun senang je sebab banyak signboard to TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG. 



tenang je on the way ke air terjun tu. sebabnye sepanjang perjalanan anda akan ditemani dengan pokok kelapa sawit.. semua nye hijau2 belaka. seronok dapat mencuci ata dengan keindahan alam sekitar. SUBHANALLAH....

jangan merungut la macam masuk hutan la. terpencil la. memangla.... kan kate nak mandi air tejun. memangla dalam hutan. ade ke air terjun tepi jalan?? iskh3.. bersyukur la masih ada air terjun kat bumi ni..

maka.. sesampainya aku sekeluarga kat situ, memang memuncak2 kegembiraan. tapi, nak masuk ke tempat air terjun tu, kene bayar. kalau bawak kereta, caj lain. pastu orang yang dalam kereta pon kene caj jugak. senang citer.. sekarang ni mane ade yang free..


bayangkan lah... family aku pergi 3 kereta, total orang  : 10 dewasa, 8 kanak-kanak. so, total masuk je dah rm20. kira ok la kot berbanding masuk water theme park. mau beratus2 kalu family aku je.. xpela..demi menunaikan hasrat yang lame terpendam.. ohh AIR TERJUN!!!!

dah mula sesi2 tangkap gambar. tau x budak  kecik n paling suka dengan air terjun.

layan kan je la budak2 nak pelampung. aku pon nak jugak yang spiderman tu tapi takde saiz.. huhu

gerak.. gerak.. cepat..cepat..nanti tempat penuh
segala jenis barang bawak kiteorang bawak. tikar, periuk, sume la.. jangan risau bak kate ayah.. bawak makanan dari rumah lebih selamat and terjamin kebersihannya. menu air terjun adalah nasi lemak + sambal ikan bilis + sambal tuna + telur goreng + roti sandwich TC boy + teh 'O' panas + cikedis.. licin sume.. bak kate along " pergi berat xpe, balik kene ringan" hahhaha......


perghh.... memang puas hati la dengan air terjun sagil gunung ledang ni sebab......... :
  • air sejuk (beku macam ais)
  • tempat nyaman
  • permandangan cantik
  • ada kemudahan chalet bagi sesiapa yang bermalam kat situ
cuma yang tak puas hati sebab........ :
  • service tandas tak proper (kene bayar tapi xde air, memang kebetulan la kan time aku pulak yang kene macam ni. hangin aku, nasib baik je tak bergaduh dengan akak jage toilet tu. die boleh buat tak tau je..... eeiiiiiii!!! geram aku ).
  • persekitaran yang kurang penjagaannya (sampah merata2, tatawla kalau time aku pegi je macam tu sebab cuti kan, tahun baru cina mase tu, ramai kan... )
  • laluan yang bahagian tangga lepas tandas tu bahaya sikit. yelah, bila ramai orang, takut ade yang tergelincir and jatuh. harap ada pihak ambil tindakan. pengunjung kan ada kanak2 dan warga emas..

lastly, overall aku seronok dapat mandi ar terjun yang sangat2 sejuk. mula2 rasa macam tak nak masuk air sebab sejuk sangat tapi lepas tu tak keluar pulak sebab best....!
yang penting semua gembira even ade la anak2 buah ku yang dah start demam sebab sejuk sangat2 air nye..

muka keletihan sebab mandi lame sangat + ada jugak yang muntah2 sebab sejuk sangat

♥smile-dance-laugh♥

No comments:

Post a Comment